Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin membuat perintah itu di dalam kamarnya selepas berjumpa peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mustapa dan Azhana Mohd. Khairuddin mewakili kelima-lima defendan.
Muhammad Shafee memberitahu media, mahkamah membenarkan permohonan perintah injunksi sementara itu kepada anak guamnya sehingga inter-parte injunksi didengar pada 17 Julai ini.
Azhana pula berkata, anak guamnya akan menfailkan afidavit berhubung permohonan injunksi itu.
Pada 22 April lepas, Mustapa memfailkan saman fitnah terhadap Husam yang ketika itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, parti Pas, Setiausaha Agung Pas yang juga pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang dan pengarang http:/harakahdaily.net. Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof sebagai defendan pertama hingga kelima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mustapa mendakwa Husam pada 23 Mac lepas dalam ceramah politiknya di Tapak Expo Machang, Kelantan telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung saham FGVH.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendakwa, sehari selepas itu defendan kedua (Pas) bersama defendan lain telah menerbitkan perkataan fitnah itu dalam laman sesawang harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman itu.
Mustapa, 63, berkatam kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup dan tidak berkredibiliti dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.
Akibat kenyataan fitnah itu, beliau mendakwa, reputasinya secara peribadi dan profesional telah terjejas teruk dan dimalukan.
Beliau memohon ganti rugi untuk libel, tambahan dan teladan dan juga perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah itu. - BERNAMA.
No comments:
Post a Comment